ADUN Hutan Melintang diperintah keluar sidang

       

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R Ganesan mengarahkan ADUN Hutan Melintang, S Kesavan keluar dari dewan sehingga tamat sidang hari ini kerana didakwa berkelakuan tidak sopan dan mengharu-birukan dewan dengan menuntut jawapan berhubung soalan yang dikemukakannya.

NONE Pada jam 11.15 pagi, selepas sesi soalan berakhir, Kesavan bangkit dan menuntut soalannya berhubung pemindahan tanah di kawasannya dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Meskipun Ganesan memberi amaran supaya tidak meneruskan soalannya, Kesavan berkeras berkata beliau adalah perwaklian rakyat Hutan Melintang, dan menjadi tanggungjawabnya menyuarakan ‘masalah rakyat’.

Ganesan kemudian menggantung Kesavan mengikut Artikel 44(2) Peraturan Dewan selama sehari.

pkr weekly pc 020807 kesavan subramaniam Apabila beliau enggan meninggalkan dewan, Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) pula bangkit dan memohon Artikel 44(3) dan 44(5) Pearturan Dewan digunakan bagi menggantungnya terus daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Usul itu diluluskan dengan suara majoriti.

Tindakan itu menyaksikan ADUN pembangkang yang diketuai oleh menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meninggalkan dewan.

Mereka kemudiannya mengadakan sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dan Tai Sing Ng (Kuala Sepetang).

Pada sidang media itu, Kesavan menafikan beliau berlaku biadap kepada speaker dan mendakwa beliau meninggikan suaranya kerana pembesar suaranya telah dipadamkan.

Katanya, beberapa surat telah dihantar ke pihak yang bertanggungjawab, termasuk pejabat Zambry berhubung isu tanah itu, namun semuanya tidak dijawab.

NONE

Bagi  Mohammad Nizar, Ganesan kurang arif berkaitan peraturan dewan yang telah menyebabkan ADUN  Hutan Melintang diusir keluar.

“Kita dapati ada penganiayaan Speaker (Ganeson) dengan apa kesalahan sebenar Hutan Melintang (Kesavan) dihalau keluar (dewan).

“Hal ini sangat mendukacitakan. Beliau (Ganesan) merujuk kepada peraturan apa dan di mana rujuknya,” katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Gantang berkata, apa yang berlaku itu adalah satu penganiayaan yang jelas lagi terang kepada anggota dewan dari Pakatan Rakyat.

Katanya, kes yang dibawa oleh Kesavan adalah persoalan besar mengenai penempatan penduduk.

“Apakah kerana usul besar yang diketengahkan berhubung penempatan penduduk oleh Hutan Melintang itu membuatkan kezaliman berlaku ke atas beliau?” soalnya.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209 Sementara itu, Bernama melaporkan Zambry berkata tindakan berkenaan diambil disebabkan perbuatan kurang sopan wakil rakyat berkenaan yang kelihatan merancang untuk menjadi "hero".

Kesavan diarah keluar selepas menjerit dan tidak mengendahkan arahan Speaker kerana waktu soalan lisan sudah tamat dan dewan kemudian mengundi, dan bersetuju supaya Kesavan dikeluarkan daripada sidang.

Zambry mendakwa kerajaan negeri tidak pernah takut untuk menjawab sebarang isu atau soalan pembangkang tetapi biarlah ia dibuat secara beradab dan jika kehabisan masa, ia boleh dibawa pada sesi lain seperti masa berbahas.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda