Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ronnie Liu ikrar tak berundur
Diterbitkan:  Dec 3, 2010 12:31 PM
Dikemaskini: 4:35 AM

Exco Selangor, Ronnie Liu,yang tewas pada pemilihan kepimpinan DAP Selangor, Ahad lalu, berkeras bahawa tidak ada sebab baginya meletakkan jawatan kerajaan negeri itu.

selangor dap convention 281110 winner Katanya, rekodnya menunjukkan beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik yang juga akan mencerminkan imej baik partinya.

"Saya seorang anggota exco yang cekap. Saya telus dan bertanggungjawab terhadap apa yang saya lakukan. Saya percaya dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT).

"Apa-apa yang saya lakukan adalah melebihi segalanya... semua kerajaan tempatan telah bertambah baik dalam prestasi mereka dan semua kecuali satu mempunyai belanjawan lebihan,” kata exco kerajaan tempatan dan perumahan dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Rabu lalu.

NONE Anggota kanan DAP itu hanya mampu mendapat 369 undi, Ahad lalu berkata pelantikkannya sebagai exco tidak ada kena mengena dengan jawatannya dalam parti.

"Saya tidak tahu mengenai kaitannya. Tidak semua pemimpin parti adalah anggota exco. Di sesetengah negeri, bukan semua anggota exco adalah pemimpin parti atau ahli jawantankuasa pusat. Dalam DAP pula bukan semua ahli jawatankuasa pusat terbabit dengan pemilihan negeri. Saya tidak perlu.

"Apabila (exco kanan negeri yang sekarang pengerusi DAP Selangor) Teresa (Kok) dilantik dia bukan ahli jawatankuasa DAP Selangor. Ini menunjukkan bahawa awak tidak perlu menjadi sebahagian daripada pemimpin parti negeri untuk menjadi exco,” jelasnya.

[Baca berita penuh]

ADS