Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Malaysiakini hari ini dilarang daripada menghadiri satu taklimat media di Putrajaya yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, mengenai pelan rasionalisasi subsidi.

NONE Portal berita itu dilarang masuk walaupun tengah hari tadi, firma perhubungan awam untuk PEMANDU, menelefon untuk mengesahkan kehadiran wakil Malaysiakini di majlis taklimat tersebut.

Wartawan Malaysiakini diberitahu di tempat taklimat tersebut bahawa beliau 'tidak dibenarkan" masuk ke dewan tempat pengerusi PEMANDU, Datuk Idris Jala dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan harga barang.

Wartawan Malaysiakini itu kemudiannya diiring keluar dari bangunan itu oleh seorang eksekutif perhubungan awam.

Bila ditanya, eksekutif tersebut berkata, beliau "tidak boleh komen" mengenai sebab larangan tersebut, kecuali berkata, beliau diarah oleh PEMANDU melarang Malaysiakini masuk.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan larangan tersebut ada kaitan dengan laporan Malaysiakini hari ini mengenai RM66 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk menubuhkan PEMANDU, dengan kebanyakan peruntukan itu dibayar kepada firma-firma perhubungan awam.

Malaysiakini merupakan satu-satunya pertubuhan berita yang dilarang menghadiri taklimat tersebut, yang dipercayai menyentuh tentang langkah mengurangkan lagi subsidi kerajaan.

[Baca berita penuh]

 

ADS