Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dokumen rahsia didedah dalam kes bicara Dr Ling

Beberapa dokomen rahsia akan dinyah-rahsiakan dalam kes bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 hingga 20 Mei tahun depan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata proses berkenaan dijangka memakan masa.

“Kami akan bekalkan (kepada pembelaan) lebih 200 dokumen, sesetengahnya adalah rahsia dan memerlukan masa untuk dinyah-rahsiakan,” katanya kepada hakim Datuk Ahmadi Asmadi.

Seramai 16 saksi akan dipanggil memberi keterangan.

Hakim menetapkan tarikh itu selepas dipohon oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Ling bagi memberinya peluang meneliti segala dokumen.

NONE Perkara itu dibawa ke hadapan Ahmadi hari ini oleh  Gani Patail, dan pasukannya yang terdiri daripada ketua pendakwa, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan seorang lagi ketua unit yang bertanggunggjawab terhadap pembanterasan wang haram, Dzulkifli Ahmad.

Hakim Ahmadi menetapkan 3 hingga 20 Mei tahun depan itu selepas kes berkenaan yang dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Putrajaya disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Abdul Gani memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan menyerahkan dokumen berkaitan bulan depan dan terdapat lebih 200 dokumen yang terlibat.

Dalam prosiding yang bermula pada 9 pagi tadi, Ling mengekalkan pengakuan idak bersalah terhadap pertuduhan itu dan mahkamah membenarkan jumlah ikat amin yang sama terhadapnya.

Pada 29 Julai lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya membenarkan beliau diikat amin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Bekas presiden MCA berusia 67 tahun itu menghadapi pertuduhan penipuan terhadap kerajaan Malaysia dengan mengelirukan kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Terma-terma dalam perjanjian termasuk:

    * saiz tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi;

    * harga pembelian tanah RM25 satu kaki persegi yang berjumlah keseluruhan RM1,088,456,000;

    * tempoh pembayaran balik berdasarkan "pembayaran tertangguh" 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600).

NONE Ling dituduh menipu kabinet dengan memberikan kebenaran untuk membeli tanah itu mengikut terma-terma dengan secara tidak jujur menyembunyikan fakta bahawa penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah, Kementerian Kewangan bagi tanah itu adalah RM25 kaki persegi untuk tempoh pembayaran balik selama 15 tahun, termasuk kupon dan faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh pembayaran tersebut.

Dengan itu, beliau mendorong kabinet untuk memberikan kebenaran dengan pembelian tersebut, sedangkan kabinet tidak akan memberikan kebenaran jika fakta-fakta telah dimaklumkan kepada jemaah menteri.

Menurut pertuduhan itu, penipuan dilakukan dengan diketahui beliau (Ling) yang boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan Malaysia, di mana beliau ada kepentingan dalam urusan berkaitan penipuan itu dan beliau terikat dengan undang-undang untuk melindunginya.

Beliau juga menghadapi pertuduhan pilihan menipu kerajaan dengan mengelirukan kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek yang sama di tempat dan masa yang sama.

Mengikut pertuduhan pilihan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ling didakwa melakukan kesalahan itu antara 25 Sept dan 6 Nov, 2002 di Level 4, Pejabat Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jika sabit kesalahan, Ling boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

ADS