Most Read
Most Commented
Read more like this

penterjemahan Presiden parti Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M Kayveas menyarankan supaya kerajaan menutup semua rendah jenis kebangsaan Tamil demi masa depan yang lebih baik bagi kanak-kanak keturunan India di Malaysia, demikian menurut satu laporan akhbar hari ini.

Katanya, langkah itu perlu bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi masyarakat India yang sebahagian besarnya masih hidup kemiskinan.

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily , memetik Kayveas sebagai berkata, ibubapa perlu menyedari bahawa anak-anak mereka memerlukan pendidikan yang sempurna di sekolah-sekolah yang boleh menggalakkan persaingan.

"Anak-anak boleh belajar di sekolah lain seperti sekolah kebangsaan (menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar) ataupun di sekolah rendah Cina. Kedua-dua anak saya kini belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina," katanya kepada akhbar berkenaan.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS