Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Dakwaan rasuah bukan sandiwara pilihan raya
Diterbitkan:  Dec 9, 2010 4:11 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menolak dakwaan yang dibuat pemimpin Pakatan Rakyat bahawa pendakwaan jenayah ke atas beberapa pemimpin berprofil tinggi sebagai sandiwara sandiwara BN dan Umno untuk  membersihkan imejnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Apa sandiwara? Jika seseorang didakwa, ini bukan main-main lagi,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Najib berkata isu rasuah telah lama dipolitikkan oleh pembangkang.

"Mereka mahu menjadikan isu ini isu politik dan mahu menuduh kita tidak serius ataupun mahu menuduh kita cuba menutup atau membuat pendakwaan terpilih,” katanya.

"Ini satu perkara yang telah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM, dan SPRM sebagai badan yang bebas, (telah) kemukakan (kes ini) kepada Pejabat Peguam Negara.

"Pejabat Peguam Negara bagi pihak yang bebas juga (akan) menentukan sama ada (terdapat) kes atau tidak," katanya.

Katanya, kedudukan seseorang itu sama ada dari segi jawatan atau martabatnya, bukan satu jaminan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadapnya.

Najib berkata ini adalah satu kenyataan yang harus diterima dan sebagai rakyat biasa, semua orang adalah tertakluk kepada proses perundangan dalam negara.

"Semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang negara dan SPRM bebas untuk membuat siasatan terhadap sesiapa sekalipun," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Najib menegaskan beliau tidak pernah campur tangan dalam operasi SPRM dan ia adalah bebas untuk menjalankan siasatan ke atas mana-mana pihak.

[Baca berita penuh]

ADS