Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau "tidak terkejut" dengan pendedahan Wikileaks yang mendakwa tuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu perangkap.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa, dakwaan liwat terhadap Anwar itu telah lama menjadi bahan perbincangan sejak pentadbiran Perdana Nenteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

"Saya tidak sedikit pun terkejut," kata Ibrahim dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

"Tapi kerana Wikileaks mendedahkan perkara itu, maka saya kira itu jadi berita (sekarang)," tambahnya.

Menurutnya, jika Anwar merasa ia satu pembohongan, maka beliau mencadangkan ketua umum PKR itu mengambil tindakan terhadap Wikileaks, kerana menurutnya, Anwar gemar mengambil tindakan seumpama itu.

nik aziz hadi awang pas Ibrahim juga membidas pemimpin PAS, khususnya mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang didakwanya pura-pura tidak peduli terhadap pendedahan mengenai tuduhan liwat itu. 

"Saya percaya Nik Aziz dan Hadi juga terkejut (dengan berita itu), tetapi mereka hanya bertindak seolah-olah mereka tidak terkejut kerana disebabkan oleh persahabatan politik mereka," katanya.

Ibrahim menegaskan sama ada tuduhan kali kedua liwat terhadap Anwar itu satu perangkap atau tidak, intipatinya ialah sama ada ketua pembangkang itu melakukan perkara itu atau tidak.

"Soalan perangkap atau konspirasi tidak timbul. Bila kita melakukan sesuatu dan orang memutuskan untuk mengambil tindakan, maka kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana faktanya adalah kita melakukan sesuatu yang tidak baik. Ia adalah satu isu moral.

"Saya tidak menuduh dia terlibat... apa yang saya katakan ialah kita perlu berhati-hati dan memerhati apa yang kita lakukan supaya kita tidak terlibat dalam isu seperti itu."

'Singapura cemburu'

Diminta mengulas mengenai komen yang didakwa dibuat oleh pegawai luar Singapura bahawa pemimpin Malaysia 'tidak cekap', Ibrahim berkata republik itu "cemburu" terhadap Malaysia.

"Saya yakin, mereka (Singapura) benar-benar cemburu terhadap Malaysia dan tidak senang dengan Malaysia dalam banyak perkara," katanya.

namewee at ttdi police station t thirt message Sementara itu, Ibrahim berkata, terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan merit memberikan bantuan kewangan untuk rapper Wee Meng Chee (kanan), atau dikenali sebagai Namewee, untuk penggambaraan filemnya 'Nasi Lemak 2.0'.

Beliau nampak kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap Namewee kerana memperlecehkan lagu Negaraku, manakala dua pengetua sekolah yang dituduh membuat komen rasis pula, telah menjadi bahan 'perbicaraan' pihak media.

Namun, Ibrahim menegaskan terpulang kepada majoriti untuk memutuskan sama ada rapper itu berhak mendapat sokongan.

Katanya, jika kerajaan merasa, dengan tidak mengambil tindakan terhadap Namewee, ia boleh menambah undi untuk BN, maka teruskan, tetapi tegasnya kerajaan perlu membuat keputusan yang tepat.

[Berita asal]

 

ADS