Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'pura: Laporan WikiLeaks tak sama dengan rekod kami
Diterbitkan:  Dec 15, 2010 8:49 AM
Dikemaskini: 12:51 AM

Singapura berkata aduan yang dibangkitkan oleh Malaysia tentang apa yang WikiLekas dakwa telah disebut oleh pegawai-pegawai kanannya tidak menyamai rekodnya sendiri.

Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata "satu perjumpaan yang dimaksudkan" itu tidak pun mengambil tempat."

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam ini sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai notis bantahan Malaysia yang dikemukakan kepada Singapura semalam, mengenai laporan media berhubung laporan kabel kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kementerian Luar Singapura turut mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, T Jasudasen telah dipanggil bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman pagi semalam.

Namun menurut kementerian tersebut, Yeoh telah menghubungi Anifah kemudiannya "untuk menjelaskan polisi Singapura yang tidak mengulas mengenai kebocoran."

Ia menambah bahawa Yeo dan Anifah bersetuju tentang kepentingan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan lagi kerjasama.

WikiLeaks pada Ahad mengeluarkan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 yang memuat kenyataan yang menyinggung kepimpinan Malaysia dan keadaan di Malaysia.

Ia turut melaporkan kenyataan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Singapura yang merendah-rendahkan Thailand, Jepun dan India semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

- Bernama

ADS