Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 15 orang yang menggelarkan diri mereka sebagai  Demokrasi Hitam 2.0 berhimpun di hadapan bangunan parlimen sejak pagi tadi sebagai tanda bantahan terhadap penggantungan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.

NONE Mereka yang sepatutnya berarak bagi menghantar memorandum aduan kepada Suhakam dari bangunan Parlimen ke pejabat Suhakam di Jalan Raja Laut sejurus tengahari ini, bagaimanapun dihalang oleh polis.

Akibatnya, berlaku kejadian tolak-menolak antara mereka dengan kira-kira 50 anggota polis yang sejak pagi tadi mengawal kawasan sekitar parlimen itu.

Akibatnya dua orang penyokong Demokrasi Hitam 2.0 ditahan polis dan Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pula kelihatan sedang berbincang dengan polis.

Mereka yang ditangkap polis itu dikenali sebagai Lee Khai Loon ( atas, berbaju merah ), anggota exco AMK dan G Pravin ( bawah, berbaju hitam ), ketua penerangan PKR, Padang Serai, yang juga anak kepada ahli parlimen Padang Serai, G Gobalakrishnan. 

NONE Kedua-dua pemimpin AMK itu kemudiannya dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2 petang tadi. Mereka dibebaskan pada jam 6 petang tadi, dan diarah melaporkan diri semula di ibupejabat polis Dang Wangi 30 Disember depan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis telah memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai kerana mereka berarak tanpa permit tetapi mereka enggan menyebabkan daripada mereka ditahan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata polis telah memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai dan hanya membenarkan dua atau tiga orang sahaja untuk ke Suhakam tanpa mengganggu

lalu lintas. 

NONE Perhimpunan hari ini adalah bagi membantah tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Usul itu diluluskan tanpa bahas selepas berlaku kekecohan, pagi tadi.

Sejak awal pagi tadi, kira-kira 40 anggota polis mula berkawal di sekitar perkarangan bangunan Parlimen. Jumlah itu kemudian meningkat kepada kira-kira 50 orang apabila keputusan menggantung Anwar dibuat.

Reformasi dan Takbir

Anwar selepas digantung kelihatan keluar dan bersalaman dengan penyokongnya itu. Laungan ‘Reformasi’ dan ‘Takbir’ bergema sekitar kawasan parlimen seketika.

NONE Turut bersama Anwar adalah N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Selepas perbincangan, polis membenarkan hanya tiga orang, termasuk Shamsul dan Yusmadi untuk meneruskan hasrat mereka menyerahkan memorandum kepada Suhakam.

Kira-kira jam 1.55 petang keadaan menjadi tenang setelah penyokong beredar perlahan-lahan dan polis pun bersurai.

Di Suhakam, Yusmadi yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat tiga aduan lisan kepada pesuruhjaya Suhakam James Nayagam.

NONE Antaranya, beliau mendakwa  "pelanggaran hak kebebasan bersuara" ke atas Anwar sehingga menyebabkan ketua umum PKR itu digantung enam bulan.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim ada hak untuk mempertahankan dirinya dari segi hak asasi dan undang-undang. Tetapi beliau dinafikan hak (iaitu) tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya dalam jawatankuasa (Hak dan Kebebasan) itu.

'Kenapa beliau tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan... Ini adalah kesalahan serius dalam sistem demokrasi di Malaysia," katanya dalam aduan lisan.

Turut bersama mengiringi beliau ke pejabat Suhakam ialah Shamsul Iskandar, timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, ahli MPP Fariz Musa dan beberapa orang exco AMK Pusat.

Ditolak dan diserang

Dalam aduan itu juga, Yusmadi turut meminta Suhakam menyiasat dakwaan beliau "ditolak dan diserang" oleh polis sewaktu "berjalan secara aman" ke pejabat Suhakam.

NONE "Kami nak berjalan secara aman ke Suhakam , sudah kena tahan, kena serang... Itu hak kami. Saya memohon Suhakam untuk meyiasat perkara ini.

"Kita akan menyambut tahun baru, kami tidak mahu bermula tahun baru dengan black democracy," katanya sambil menambah agar Suhakam menyiasat berhubung penahanan dua rakannya itu.

James sewaktu memberi reaksi selepas mendengar aduan tersebut memberi jaminan untuk menyiasat berhubung ketiga-tiga aduan yang dibangkitkan oleh Yusmadi.

"Kami menerima komplen dan akan menyiasat dan membuat pendengaran yang adil," kata James kepada pemberita.

NONE Shamsul pula dalam pertemuan setengah jam itu, berkata tindakan polis melanggar hak asasi manusia dengan mengenakan tindakan kekasaran fizikal kepada orang awam.

"Tahan itu tidak mengapa. Tapi mereka digari, dipijak dan dipukul. Itu pada saya satu pendekatan yang tidak boleh diterima akal. Ada saksi mereka dipukul dan dipijak oleh pihak polis di hadapan parlimen," katanya.

Galeri Foto

ADS