Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebuhraya Duke beri diskaun Krismas 10%
Diterbitkan:  Dec 23, 2010 11:02 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Pemegang hak konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) akan memberi diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua kelas kenderaan sempena perayaan Krismas ini.

Pengurus Besar DUKE Ong Chee Keong berkata pengguna lebuh raya itu dapat menikmati diskaun berkenaan pada 25 Dis bermula dari 12.01 malam hingga 11.59 malam pada hari yang sama, di tiga plaza tol DUKE iaitu Plaza Tol Ayer Panas, Batu dan Sentul Pasar.

"DUKE percaya usaha murni ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dengan menggunakan lebuh raya tol sebagai medium perhubungan antara bandar yang efektif, selesa dan menjimatkan masa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harga baru tol selepas diskaun ialah RM1.80 bagi kenderaan kelas satu, RM2.70 bagi kelas dua, RM3.60 bagi kelas tiga, 90 sen bagi kelas empat dan 60 sen bagi kelas lima.

Semalam Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh berkata sejumlah 22 syarikat konsesi lebuh raya akan memberi diskaun kadar tol dalam bentuk tunai dan rebat dari 5 hingga 37 peratus bagi tempoh 22-31 Dis ini sempena sambutan Krismas dan tahun baru.

--Bernama

ADS