Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembantu exco bebas tuduhan pecah amanah
Diterbitkan:  Dec 23, 2010 11:58 AM
Dikemaskini: 4:46 AM

Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan Wong Chuan How, pembantu kepada exco kerajaan Selangor atas dakwaan pecah amanah melibatkan RM5,000.

Hakim Az NONE haniz Teh Azman Teh mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes itu melampaui keraguan yang munasabah.

Ini merupakan kali kelima Wong dibebaskan daripada tuduhan berkaitan salah guna dana kerajaan negeri untuk ADUN.

"Saya puas hati dengan keputusan ini. Saya tiada niat jahat. Saya tiada niat untuk menipu sesiapa," kata Wong kepada pemberita selepas itu.

Wong didakwa pecah amanah melibatkan cek RM5,000 sebagai kos mengadakan pertemuan dengan persatuan penduduk di anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di pejabat daerah Sepang pada 19 Februari tahun lalu.

[Baca berita penuh]

ADS