Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Apco adalah isu belanja 'sembrono' k'jaan
Diterbitkan:  Dec 24, 2010 6:13 PM
Dikemaskini: 10:23 AM

Isu Apco bukan hanya mengenai siapa yang mengilhamkan konsep 1Malaysia tetapi kurangnya ketelusan dalam perbelanjaan sembrono kerajaan sebanya, RM77 juta untuk mengupah sebuah syarikat asing yang mempunyai rekod berkhidmat dengan sebuah regim penindas.

NONE Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu asasnya berlegar mengenai "kurangnya tanggungjawab seorang perdana menteri yang mengabaikan rekod Apco" dan kurangnya akauntabiliti dalam membelanjakan wang rakyat untuk membina imej partinya sendiri.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, digantung enam bulan daripada menghadiri sidang parlimen kerana membangkitkan isu kaitan Apco dengan '1Malaysia' dan 'One Israel' yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri Israel Ehud Barak.

Dalam satu kenyataan, ketua umum PKR itu mendakwa "penglibatan mendalam" Apco dalam pentadbiran Najib merupakan "bukti sikap hipokrat Umno/BN" dalam melancarkan  "propaganda tak henti-henti" untuk menggambarkan dirinya (Anwarnya) sebagai agen Yahudi.

Beliau bertanya mengapa sebuah syarikat yang diketahui mempunyai hubungan yang kuat dengan perisikan Israel dibenarkan untuk menguruskan salah satu fungsi kerajaan yang paling berpengaruh, iaitu komunikasi.

Oleh kerana itu, katanya, sebahagian besar hujah beliau ketika membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat, adalah ditujukan kepada sikap hipokrasi dan kelalaian perdana menteri mengupah sebuah syarikat yang mempunyak reod rekod seperti Apco.

[Baca berita penuh]

 

 

 

ADS