Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Badrul Amin nafi akur pelantikan Khusrin
Diterbitkan:  Dec 28, 2010 3:49 PM
Dikemaskini: 2:37 PM

Pengarah Penerangan Selangor Dr Badrul Amin Bahrom menafikan bahawa beliau akur dengan pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru selepas Sultan Selangor dilaporkan berkenan menerimanya.

bagan pinang by election 061009 badrul amin baharom speech Justeru, menurut Dr Badrul Amin ( kiri ), laporan Sinar Harian hari ini yang memetiknya sebagai berkata bahawa beliau akur dengan pelantikan itu adalah tidak tepat.

"Tidak timbul soal Sultan berkenan atau tidak. Penjelasan setiausaha sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani bahawa (bahawa Sultan berkenan) hanyalah pendapatnya sendiri," katanya.

Akhbar harian itu melaporkan hari ini bahawa Dr Badrul Amin akur dengan keputusan itu kerana percaya Tuanku mempunya kebijaksanaan sendiri menerima pelantikan itu.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir dalam akhbar sama yang berkata keputusan itu adalah muktamad.

"Pada pandangan saya, keputusan itu 'confirm' (sah) kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau," Mohamad Munir dilaporkan berkata.

azlan Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Badrul Amin mendakwa, isu sebenarnya adalah pelantikan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohamad Sidek Hassan adalah "berniat jahat" terhadap kerajaan negeri bagi melaksanakan "agenda jahat Umno dan BN".

"Dia (Mohamad Sidek) tahu kita ada konflik dengan Khusrin, kenapa dia lantik tanpa memaklumkan kepada menteri besar dahulu?" katanya.

Ditanya bagaimana isu sekitar kedudukan 'kerusi panas' itu dapat diselesaikan, Dr Badrul Amin berkata ia bergantung kepada pertemuan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Sultan esok.

ADS