Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KPKT: Rumah terbengkalai, rujuk pada HBA
Diterbitkan:  Dec 28, 2010 4:09 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM) diminta merujuk kepada Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) berhubung isu perumahan terbengkalai yang diketengahkan mereka.

NONE Menurut kenyataan daripada Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Malaysiakini hari ini, ini kerana, HBA telah diiktiraf sebagai sebuah organisasi yang bertindak mewakili pembeli-pembeli rumah dalam industri hartanah.

"Oleh yang demikian, ahli-ahli PPHTM boleh menyuarakan pandangan dan cadangan berkaitan isu projek perumahan terbengkalai melalui HBA," kata kenyataan itu lagi.

Berikut kenyataan penuh kementerian berkenaan:

Merujuk kepada artikel seperti tajuk dan tarikh diatas ( 'Tarik balik surat dan nasihatmu, KPKT' ) yang disiarkan di laman Malaysiakini , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyemak dan meneliti isu yang diketengahkan.

abandoned property owners malaysia victims housing project protest Untuk makluman, KPKT menyedari bahawa dari segi undang-undang, pihak pencadang berhak menubuhkan Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM) dan permohonan pendaftaran PPHTM adalah tidak melibatkan isu undang-undang dibawah bidang kuasa

kementerian, sebaliknya ia melibatkan perkara-perkara dasar kementerian.

Isu yang perlu dipertimbangkan adalah keperluan untuk menubuhkan satu lagi persatuan memandangkan setakat ini KPKT telah mengiktiraf Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) sebagai sebuah organisasi yang bertindak mewakili pembeli-pembeli rumah dalam industri hartanah.

abandoned property owners malaysia victims housing project protest Bagaimanapun, isu dan masalah berkaitan projek perumahan terbengkalai sedang diberikan perhatian yang serius dan merupakan sebahagian daripada KPI YB Menteri dan Yang Bhg Dato’ KSU KPKT.

Oleh yang demikian, ahli-ahli PPHTM boleh menyuarakan pandangan dan cadangan berkaitan isu projek perumahan terbengkalai melalui HBA.

Hal ini adalah kerana, pada masa kini, HBA sebagai sebuah NGO telah bertindak secara aktif mewakili pembeli-pembeli rumah dalam industri perumahan termasuk mempertahankan kepentingan pembeli-pembeli rumah terbengkalai.

HBA merupakan ahli Pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai yang ditubuhkan bagi menangani masalah projek perumahan terbengkalai yang mana jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Yang Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara sendiri.

ADS