Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar saman Chandra: Pengurusan kes 23 Feb
Diterbitkan:  Dec 29, 2010 1:08 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 23 Februari depan bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu di dalam kamar ketika kes itu dikemukan untuk pengurusan kes.

Peguam Wan Anuar Shaddat Mohamed Amin mewakili Anwar, manakala Dr Chandra diwakili peguam Mohamed Zaharudeen Harun.

Pada 6 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Dr Chandra kerana mendakwa ahli akademik itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya pada satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac 2008, yang kemudiannya disiarkan oleh akhbar.

Dalam kenyataan bela dirinya yang difailkan pada 16 Mei 2008, Dr Chandra Muzaffar menafikan memberi komen yang berniat jahat, palsu atau berbaur fitnah tentang Anwar, yang didakwa ketua pembangkang itu telah tersiar dalam dua akhbar berbahasa Inggeris pada 5 Mac 2008.

Dr Chandra juga mendakwa bahawa walaupun kata-kata yang beliau ucapkan itu berbaur fitnah (tetapi beliau menafikan perkara itu), ia disiarkan dengan perlindungan bersyarat, tanpa berniat jahat.

--Bernama

ADS