Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Masalah SUK berpunca daripada Khir Toyo'
Diterbitkan:  Jan 3, 2011 11:11 AM
Dikemaskini: 3:29 AM

Tindakan menteri besar Selangor yang terdahulu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa sebagai 'punca' masalah dalam pelantikan jawatan setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu.

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim Ibrahim berkata, tindakan "melanggar perlembagaan" itu berlaku apabila Dr Mohd Khir membiarkan dirinya dibelakangi dalam urusan pelantikan SUK terdahulu.

faekah husin "Beliau telah mengizinkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai SUK tanpa berunding dengan menteri besar seperti yang disyaratkan perlembagaan.

"Beliau telah membina acuan yang bahaya dan sekarang senario ini berulang semula apabila

"KSN melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK negeri Selangor yang baharu tanpa berunding terlebih dulu dengan menteri besar," kata Faekah Husin ( kiri ).

Dalam satu kenyataan hari ini, Faekah juga menyelar KSN yang didakwa mengabaikan kebijaksaan dengan melantik Khusrin dengan tidak mengambil kira kelayakan dan kredibiliti, serta tanpa berunding dengan menteri besar.

"Umno/BN telah mengeluarkan kuasa Sultan ketika meminda perlembagaan negara pada 1993 tetapi sekarang mereka cuba bersembunyi di sebalik istana untuk meneruskan agenda politik jahat," kata Faekah.

faekah husin selangor khir toyo 020810 Beliau menegaskan sekali lagi, menteri besar membentuk jawatankuasa pemilihannya sendiri sebelum ini bagi memilih pegawai kerajaan yang berkelayakan supaya mereka dapat "bertindak secara tanpa rasa takut atau menyokong mana-mana parti kerana, kenaikan pangkat dibuat berdasarkan prestasi".

"Hanya kerana kerajaan negeri sebelum ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban, tidak bererti kerajaan sekarang perlu mengikut acuan lapuk dan tidak profesional yang mereka tinggalkan," katanya.

ADS