Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah majistret Jawi hari ini membebaskan ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohammed Sabu ( bawah, kiri ) daripada tuduhan menghalang ketenteraman awam dengan menghalang tugas penjawat awam.

NONE Majistret Mohd Izaham Ali melepaskan Mohammed dan sembilan yang lain daripada tuduhan yang didakwa dilakukan pada 9 Disember 2007 di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan.

Mereka juga didakwa menolak anggota polis dan enggan membuka pintu kereta apabila diminta berbuat demikian.

Menurut majistret, terdapat percanggahan antara kenyataan polis dan juga saksi.

Selain itu, katanya terdapat keraguan terhadap waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, percanggahan keterangan dua saksi pendakwa iaitu saksi kesepuluh Supt Mohd Nasir Salleh dan saksi ke-11 Idris Rejap dan tiada keterangan spesifik mengenai tertuduh telah menolak penjawat awam.

  

NONE Sembilan tertuduh yang lain ialah Mohd Binyamin Ishak, 48, Fuadzi Suharat, 48, Md  Lazim Osman, 54, Abdul Razak Ramili, 46, Mohd Subri Mohd Said, 46, Zamarul 'Aini Abdul  Malik, 40, Zainul Azrun Zainal Abidin, 39, Abdul Rahim Mat Ariff, 62, dan Mohamad Salleh,  51.

Jika didapati bersalah, semua sepuluh mereka boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan didenda sehingga RM10,000.

 Mereka didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama  Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

   

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, dibantu oleh Khairul Fairuz Rahman dan  Ahmad Razali Muhamad Nazri, manakala Mohamad dan sembilan rakannya diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkifli dan Yusnita Yusof.

   

NONE Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Mohamad melahirkan rasa gembira dengan keputusan itu dan menganggap ia satu kemenangan dalam menegakkan perjuangan.

   

"Terima kasih atas usaha peguam-peguam kami yang telah bertungkus lumus mencari bukti dan berhujah membela kami untuk menang dalam kes ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang hadir untuk memberikan sokongan kepada  Mohamad dan rakan-rakan juga melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan keputusan penghakiman.

   

“Tahniah kepada barisan peguam yang telah berusaha memastikan kemenangan bermakna  ini,” katanya.

   

Turut hadir memberi sokongan ialah ADUN Permatang  Pasir Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Utiliti negeri Lim Hock Seng.

ADS