Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Inkues Teoh: PM kaji tubuh suruhanjaya diraja
Diterbitkan:  Jan 6, 2011 3:59 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dilapor mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi semalam bagi meninjau kemungkinan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon kepada lamanweb Nanyang Siang Pau hari ini.

NONE Ia melaporkan, turut menghadiri mesyuarat itu adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Najib dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung perkara itu dalam beberapa hari lagi.

Menurut laporan itu, Koh dilaporkan berkata Kabinet meninjau beberapa perkara yang boleh diambil sebelum Mahkamah Koroner semalam membuat penghakiman terbuka.

Katanya, jemaah menteri ingin memastikan bahawa keluarga Teoh, khususnya dan orang ramai diberi penjelasan memuaskan berhubung perkara berkenaan.

“Dua minggu lalu, saya adakan perbincangan terperinci dengan Perdana Menteri mengenai kemungkinan keputusan inkues dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan,” kata Koh.

Berikutan kematian Teoh pada 16 Julai 2009, Kabinet pada 22 Julai memutusan suruhanjaya diraja ditubuhkan selepas inkues membuat keputusannya.

[Baca berita penuh]

ADS