Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kementerian Pelajaran hari ini digesa menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi mengkaji isu berkaitan dengan masyarakat India sebelum ia dijadikan bahan cetakan dan menjadi buku teks sekolah.

ppp interlok chandrakumanan 060111 Gesaan itu dibuat oleh Parti Pogresif Penduduk (PPP), Parti Makkal Sakti dan NGO Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA).

Pengerusi PPP Wilayah Persekutan Datuk A Chandrakumanan berkata jawatankuasa bebas perlu untuk merangka dan memantau isu yang berkaitan masyarakat India untuk dijadikan bahan dalam buku teks di sekolah.

"Ini adalah isu penting. Sekarang hanya satu jawatankuasa sahaja dalam kabinet. Kita tidak boleh menyuarakan suara kita dari luar.

"Kita di luar. Kabinet hanya satu badan sahaja yang mewakili masyarakat India.... Siapa lagi (dari luar) yang duduk dalam jawatankuasa yang boleh memantau isu-isu ini," katanya dalam satu sidang media di ibunegara hari ini.

Turut hadir ialah Presiden PRIMA, AP Raja Retinam dan beberapa pimpin PPP Wilayah Persekutuan.

Chandrakumanan mengulas novel "Interlok" sebagai buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah yang didakwa mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum India.

Buku karangan sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain itu didakwa memberikan gambaran yang salah ke atas masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan penggunaan istilah "pariah".

Chandrakumanan berkata jawatankuasa bebas ini penting bagi memantau isu yang berkaitan kaum India sebelum ia diluluskan dan diterbitkan.

"Kementerian Pelajaran mesti sensitif (perkara ini) sebelum mengeluarkan jutaan ringgit untuk mengeluarkan buku," katanya.

Menurutnya lagi, jawatankuasa itu boleh berperanan sepertimana Dong Jiao Zhong (DJZ) yang memantau pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina.

Sementara itu, Presiden Makkal Sakti R Kannan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini mencadangkan agar anggota jawatankuasa bebas itu terdiri daripada wakil kaum Melayu, Cina dan India.

ADS