Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno telah menggunakan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghadiri pertemuan kontroversi pada 25 Disember di Istana Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

NONE Katanya, tindakan itu sebenarnya menunjukkan bagaimana

terdesaknya Umno yang sanggup menggunakan Seri Paduka untuk menjemput pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam itu.

Khalid membuat dakwaan itu dalam satu sidang akhbar di pusat perkhidmatnya di Shah Alam hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Pertemuan tersebut telah mencetuskan spekulasi mengenai wujudnya usaha untuk memulihkan semula perbincangan mengenai 'kerajaan perpaduan'.

Nik Aziz enggan mengulas mengenai pertemuan tersebut kepada pihak media, dengan menyatakan bahawa beliau perlu menghormati pertemuan tertutup itu.

Bagaimanapun, Khalid berkata, satu taklimat telah diberikan oleh mursyidul am itu mengenai perkara tersebut dalam satu mesyuarat badan penerangan PAS Kelantan.

Maklumat daripada pertemuan itu telah 'ditiris' kepada para bloger oleh beberapa pemimpin PAS.

NONE Malah pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron, menulis mengenainya dalam Facebook.

Khalid berpendapat ini menunjukkan bagaimana kuatnya Pakatan sehinggakan Umno terpaksa menggunakan cara licik  seperti itu untuk cuba memujuk PAS meninggalkan sekutunya.

Katanya lagi, adalah penting untuk diketahui bahawa pemimpin PAS memahami yang konsep kerajaan perpaduan dan kerjasama dengan Umno, telah ditolak oleh ahli parti itu.

Menurutnya, walaupun apa pun yang dibincangkan di majlis makan malam itu, PAS akan tetap terus bersama dengan Pakatan.

Secara berseloroh, Khalid berkata, situasi tentu begitu terdesak sekali bagi Umno sehinggakan Najib dan Muhyiddin bersetuju hadir di majlis makan malam yang sama.

Katanya, ini kerana bukan mudah bagi PM dan DPM untuk hadir bersama," tambahnya.

Berita asal

ADS