Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinya kepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE "Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.

"Dan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja," katanya.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Ramli berkata, beliau tidak terlibat langsung dalam menentukan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor.

Berikut kenyataan penuhnya berhubung kontroversi pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor itu:

Saya tidak terlibat langsung dalam menentukan Dato' Kushrin sebagai SUK Selangor. Saya hanya terlibat dalam menyenaraikan calon-calon yang layak dipertimbangkan berdasarkan seniority (kekananan) dan saya percaya pada seniority .

Sebanyak  lapan nama layak dipertimbangkan dan Dato' Kushrin adalah calon kelima berdasarkan kekananan.

Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.

Dan satu salinan kepada JPA untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja. Senarai telah diserahkan lebih daripada tiga bulan sebelum persaraan saya.

Mereka semua pegawai saya dan saya tiada preference kerana saya tiada personal interest (kepentingan peribadi).

JPA telah menyenaraipendek tiga nama dan minta disembahkan kepada DYMM Sultan seperti yang dititahkan, berdasarkan integiriti, kredibeliti dan pengalaman. Nama Dato' Khushrin yang teratas dan dua nama lain.

Saya telah bertanyakan  senarai negeri beberapa kali daripada (exco Selangor) Dato' Hasan (Ali). Kali pertama dimaklumkan belum selesai wawancara Dato' Nordin yang bercuti dan sekali lagi dimaklumkan telah diserahkan kepada YAB Menteri Besar.

Saya perpendapat perkara ini akan di bawa untuk berbincang sendiri dengan DYMM Sultan Selangor. Saya telah kemukakan tiga calon JPA kepada DYMM Sultan Selangor.

Dan DYMM Sultan telah perkenan Dato' Kushrin melalui surat kepada saya yang disalinkan keapda YAB MB. Saya telah memanjangkannya kepada JPA dan perkara ini masih embargo sehingga pengumuman dibuat oleh JPA.

Saya didakwa tidak memaklumkan kepada EXCO kerana saya kira kalau hendak pecahkan rahsia biarlah YAB menteri besar sebab  beliau juga mendapat salian surat kerana sebagai YAB MB beliau biasanya kebal, manakala jika saya yang memaklumkannya dan keadaan jadi macam sekarang sudah tentu saya akan dipersalahkan dan boleh didakwa di bawah akta rahsia rasmi.

Keadaan yang senyap menyebabkan saya beranggapan perkara ini telah dibincangkan oleh beliau dgn DYMM Tuanku dan tiada masalah.

Manakala pengarah JAIS tiada masalah, kalau calon saya adalah Dato' Asmawi berdasarkan kekananan, the most senior (yang paling kanan).

YAB menteri besar menulis memo meminta Tuan Haji Marzuki, saya sembahkan kepada DYMM Tuanku sebagai ketua agama Islam dan Baginda telah perkenan.

Saya berpendapat keadaan disebabkan communication brokedown (kegagalan komunikasi) dan juga lack of communiction (kurang komunikasi) di pihak saya dengan YAB menteri besar yang menyebabkan banyak sangat assumption (andaian) digunakan.

ADS