Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pertemuan cetus spekulasi p'raya mengejut
Diterbitkan:  Jan 9, 2011 1:04 PM
Dikemaskini: Jan 10, 2011 1:55 AM

Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ahli parlimen BN semalam, mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan pilihan umum mengejut diadakan tahun ini.

Najib, yang merupakan pengerusi BN tidak perlu memanggil pilihan raya umum sehingga 2013, tetapi siri kejayaan BN dalam beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini, telah memanaskan spekulasi tersebut.

Beliau yang menjadi perdana menteri pada 2009 selepas BN kalah teruk pada 2008 sehingga memaksa penyandang sebelum ini bersara awal, menolak tanggapan tersebut.

Sebaliknya beliau berkata, pertemuannya dengan 112 ahli parlimen BN itu difokuskan pada usaha untuk mengukuhkan BN, yang selepas setengah abad berkuasa, dilanda reputasi sebagai korup dan tidak berkesan.

"Saya nak kata bahawa ini merupakan proses transformasi politik. Pilihan raya itu sebahagian dariapda apa yang terpaksa kita lalui. Tapi lebih besar daripada itu adalah hasrat kita untuk menampilkan BN sebagai parti yang mendahulukan rakyat," katanya dalam laporan New Straits Times.

Bagaimanapun, beberapa ahli parlimen yang ditemui selepas pertemuan dengan perdana menteri dalam kumpulan tiga orang untuk melaporkan kemajuan di kawasan masing-masing berkata, mereka percaya ia

merupakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya.

"Beliau mahu menyelesaikan semua isu sebelum pilihan raya diadakan.  Mungkin beliau akan memanggil pilihan raya mengejut," kata Datuk Nur Jazlan Mohamed, demikian menurut laporan the Star .

AFP

[Baca berita penuh]

ADS