Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri pelajaran Arab Saudi kunjung isteri PM
Diterbitkan:  Jan 10, 2011 11:13 AM
Dikemaskini: 3:16 AM

Menteri Pelajaran Arab Saudi Putera Faisal Abdullah Mohamad Al-Saud hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Royal Suite, Intercontinental Hotel di Riyadh.

azlan Putera Faisal dan Rosmah, yang mempengerusikan jawatankuasa kerja dasar Permata Negara, berbincang kira-kira 30 minit mengenai kepentingan pendidikan awal dan pembangunan modal insan bagi kedua-dua negara.

Putera Faisal diiringi oleh timbalannya, Nora Abdullah Al-Fayez.

Nora merupakan menteri wanita pertama Arab Saudi dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dengan tugas-tugas khas bagi pendidikan wanita.

Rosmah kini melakukan lawatan tiga hari ke Arab Saudi yang bermula 8 Januari.

Delegasi beliau termasuk dua naib canselor wanita iaitu Professor Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Professor Datuk Aminah Ayob dari Universiti Pendidikan Sultan Idris selain 10 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Semalam, Rosmah melawat Princess Noura  Abdul Rahman University (PNU), sebuah daripada enam universiti untuk wanita di Riyadh.

Ketibaan beliau disambut oleh Rektor PNU, Puteri Dr Aljohara Fahad Al-Saud.

Universiti berkenaan, yang pada masa ini beroperasi di sebuah bangunan sementara, akan menjadi universiti bagi wanita yang terbesar di dunia apabila pembinaannya siap pada suku pertama tahun depan.

- Bernama

ADS