Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno, tokoh akademik yakin Tenang kekal milik BN
Diterbitkan:  Jan 10, 2011 5:47 PM
Dikemaskini: 9:51 AM

Kenaikan harga barangan seperti gula, petrol, hal-hal berkaitan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara isu yang dijangka menjadi modal Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor.

sivamurugan pandian saiful bukhari sodomy allegations penang 020708 01 Penganalisis politik, Sivamurugan Pandian berkata, sehubungan itu BN perlu menggandakan usaha termasuk memperkemaskan jentera parti dan memberi penjelasan yang terbaik kepada pengundi bagi mematahkan serangan daripada pembangkang.

"Saya melihat di sini, terdapat dua isu yang mungkin akan dibangkitkan.

“Pertama ialah isu nasional iaitu mengenai kenaikan harga barangan, rasuah dan kes (Penasihat PKR) Anwar dan kedua ialah isu tempatan seperti tanah, perniagaan dan juga Felda.

"BN mampu mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan syarat gerak kerja terhadap kempen penerangan yang dilakukan jentera parti itu dapat diperkemas dan dimantapkan dari semasa ke semasa,” katanya.

NONE Menurut beliau, isu-isu berkenaan sengaja dibangkitkan pembangkang bagi meraih sokongan kerana ia adalah perkara yang amat dekat di hati pengundi.

Sementara itu, naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata jentera pilihan raya BN  perlu terus mendampingi para pengundi di Tenang dan bukannya berasa selesa dengan sokongan sedia ada.

Katanya, segala rintihan rakyat perlu didengar dan segala masalah yang dibangkitkan perlu diselesaikan.

NONE "Kita yakin dengan keupayaan jentera kita. Kita akan pastikan dengan kerjasama antara komponen parti dan berusaha mendekati rakyat, pastinya kemenangan akan berpihak kepada kita,” kata Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di Bangi, hari ini.

Mohd Shafie berkata, BN sudah membuktikan kemampuannya untuk membela nasib penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum, sekali gus menolak dakwaan parti itu mengabaikan kaum tertentu dalam bidang tertentu.

- Bernama

ADS