Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengarah pelajaran Johor dicabar jadi calon Tenang
Diterbitkan:  Jan 10, 2011 9:57 PM
Dikemaskini: 2:08 PM

Pemuda PAS hari ini membidas Timbalan Menteri Pelajara, Datuk Mohd Puad Zarkashi kerana mempertahankan seorang pegawai kanan kementerian itu yang secara terang-terangan berkempen untuk BN menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang.

NONE Ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat ( kanan ) berkata justifikasi Puad membela tindakan pengarah pelajaran Johor, Markom Giran amat memalukan dan tidak dapat diterima.

“Dalam kenyataannya semalam Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.

“Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh pengarah pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Markom yang rakamannya  boleh diperolehi dengan mudah di YouTube,” katanya dalam satu kenyataan.

Bukti di YouTube

Menurut Suhaizan, Mohd Puad juga boleh merujuk dengan pembantu khas beliau, Zahari Sharif yang  turut hadir dalam taklimat berkenaan.

NONE “Secara jelas Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon BN dalam pilihan raya kecil Dun Tenang,” katanya.

Pengarah pelajaran itu juga dilaporkan mendesak guru kaunseling mengerakan jentera bagi membantu kerajaan memenangi pilihanraya kali ini.

Sehubungan itu, Suhaizan mahu Markom memberi notis 24 jam dan berhenti sebagai pengarah pendidikan Johor dan menjadi calon BN pada pilihan raya kecil itu.

“Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini,” katanya.

Menurut Suhaizan, tindakan Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional.

Pilih kasih Umno

“Jika Mohd Puad ( bawah, kanan ) boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli parlimen Batu Pahat dan timbalan menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang.

Dr Puad Zarkashi “Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang timbalan menteri,” katanya.

Markom dilaporkan juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah jenis kebangsaan. Selepas program berkenaa, guru berkenaan dikehendaki  berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka.

Terdapat empat kategori ibu bapa  iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN.  

“Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik  ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain,” katanya.

NONE Justeru, Suhaizan berkata mengkategorikan pengundi  sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu langsung tidak boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan.

“Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan?  Intipati  taklimat Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti Umno-BN.

“Malah tindakannya telah menyalahi  Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik,” katanya.

ADS