Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Hadi, Nik Aziz rakan karib saya
Diterbitkan:  Jan 11, 2011 3:20 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Ketua umum PKR, Datuk Seri  Anwar Ibrahim mengesa rakyat supaya tidak mempercayai  dengan cerita-cerita musuh yang mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah, lapor TV Selangor .

ceramah selamatkan malaysia pas shah alam 090111 anwar ibrahim dan hadi awang Sambil menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rakan karibnya, Anwar  ketika ceramah di Gombak malam semalam mempertahankan presiden PAS itu yang kini berhadapan dengan kritikan berikutan pertemuan bersama pemimpin Umno pada 24 Disember lalu.

Kata Anwar, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padu mereka kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999.

Rakan karib

“Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang.

“Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya,” katanya.

NONE Kelmarin PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam yang antara lain berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN.

Selain itu, 12 ribu hadirin berkenaan juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

Malam semalam, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat.

NONE “Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka,” katanya.

Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu di Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis anjuran Yang di-Pertuan Agong.

Tiada tafsiran lain

azlan “Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.

Pada sidang media yang diadakan malam Ahad lalu, Hadi juga dilaporkan berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada Pakatan Rakyat.

Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Sambil itu Anwar memaklumkan negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat.

azlan “Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh.

“Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

ADS