Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kira-kira 400 orang berkumpul di Shah Alam bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

NONE Selepas berkumpul 15 minit, diketuai Pengarah Komunikasi Selangor Dr Badrul Amin Bahrom, kumpulan itu berarak dari Dataran Shah Alam menuju ke bangunan Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) bagi menyerahkan tandatangan sokongan.

Dalam perhimpunan warna-warni itu, mereka membawa bendera Selangor, Jalur Gemilang dan poster menyokong Sultan dan Tan Sri Khalid Ibrahim sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup PR (Pakatan Rakyat).

NONE Turut hadir exco Selangor Hasan Ali, Dr Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Iskandar Samad, Ean Yong Hian Wah dan beberapa wakil rakyat Pakatan, antaranya Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda)  Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Abdullah Sani (PKR-Kuala Langat), Gan Pei Nei (PKR-Rawang).

Kumpulan itu - sebahagian memakai baju MBSC dan Skuad Komunikasi Selangor - bagaimanapun dihentikan 100 meter daripada pagar SUK oleh 30 anggota polis bertugas.

NONE Memorandum dan tandatangan itu diserahkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin kepada Khalid Ibrahim sendiri.

Dalam ucapan ringkasnya, menteri besar berkata berjanji akan terus menunaikan tanggungjawab untuk berlaku amanah, bersih dan cermat mentadbir negari.

"Saya amat terharu atas sokongan ini," katanya.

Manakala Badrul Amin pula mencabar parti lawan Umno supaya menerima cadangan mengembalikan kuasa Sultan dan menteri besar dalam pelantikan jawatan tertinggi negeri, termasuk setiausaha kerajaan (SUK).

NONE "Kuasa ini telah dirampas oleh Umno pada tahun 1993," katanya disambut sorakan daripada peserta.

Majlis itu disuraikan setelah Hasan membacakan doa untuk sesejahteraan kerajaan Selangor bawah Pakatan.

Tiada tangkapan dan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

ADS