Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kira-kira 50 anggota Gagasan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS) berhimpun di pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, untuk mendesak beliau meletak jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

NONE Mereka berhimpun di pusat khidmat ADUN Sri Muda itu di Bukit Kemuning , mulai jam 12.20 tengahari tadi.

Polis memberi mereka masa selama 15 minit untuk berhimpun.

 Sebelum itu, mereka berkumpul di sebuah restoran berhampiran, sebelum berarak menuju ke pejabat Shuhami.

Mereka turut membawa kain rentang  bertulis 'Kami Menjunjung DYMM Sultan Selangor' dan 'Pakatan Rakyat merosakkan institusi diraja', sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita".

NONE Mereka juga membawa dua patung - satu ditulis 'Shuhaimi' dan satu lagi bertulis 'Khalid gagap'.

Mereka tidak membakar patung tersebut, tetapi tertindak memijak dan menyepaknya.

Dalam ucapan ringkasnya, pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin turut mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ISA terhadap mereka yang menjejaskan institusi raja.

Ketika itu, ada di kalangan mereka hadir melaung mencabar Shuhaimi keluar menemui mereka.

Bagaimanapun difaham, ADUN Sri Muda itu tiada di pejabatnya.

Kumpulan tersebut bersurai pada kira-kira jam 12.30 tengahari.

NONE Polis mula berkawal di situ sejak jam 10 pagi tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Hamidzun berkata, mereka yang hadir  terdiri daripada anggota GAPS, Majlis Belia Malaysia Sslangor, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan anak jati Jalan Kebun.

Ditanya mengapa mereka tidak menyerah sebarang memo, Hamidzun berkata ia kerana mereka mahu bersemuka dengan Shuhaimi tetapi tidak dapat.

"Kita nak nasihat, bila tulis blog itu, baik-baik, jangan menderhaka kepada sultan," tegasnya.

 

ADS