Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tenaga nuklear wajar, kata ketua TNB
Diterbitkan:  Jan 15, 2011 10:48 PM
Dikemaskini: 2:58 PM

Banjir yang melanda Australia sekarang ini menaikkan harga arang batu dan ini mewajarkan Malaysia menimbangkan secara serius tenaga nuklear bagi menjana elektrik, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

tenaga nasional tariff hike pc 050608 che khalib2 "Disebabkan kekurangan gas dalam negara, kita mempelbagaikan penjanaan elektrik kita untuk termasuk arang batu.

"Kini dengan keadaan cuaca yang buruk di Australia dan Kalimantan, serta cuaca sejuk di hemisfera Utara, permintaan bagi arang batu tiba-tiba melonjak tetapi bekalannya terhad.

"Juga terdapat semakin banyak kilang yang menggunakan arang batu di tempat-tempat lain dan ini menjadikan kenaikan harga arang batu lebih 50 peratus dalam masa enam bulan lepas," kata beliau semasa ditemui pada karnival sukan untuk kanak-kanak anjuran TNB di Kuala Lumpur hari ini.

Arang batu menguasai 40 peratus sumber penjanaan tenaga TNB.

AmResearch dalam laporannya baru-baru ini berkata berkata berdasarkan harga semasa yang berlegar melebihi US$100 setan dan dengan kadar tukaran US/RM, untung bersih Tenaga bagi tahun kewangan 2011 hingga 2013, berkemungkinan susut antara 28 dan 29 peratus.

dams hydroelectric dams 290609 Tenaga membeli 17 peratus daripada keperluan arang batunya yang sebanyak 18 juta tan dalam tahun kewangan 2010 dari Australia, 71 peratus dari Indonesia dan 11 peratus dari Afrika Selatan, kata firma penyelidikan itu.

Arang batu menguasai 48 peratus kos bahan api Tenaga bagi tahun kewangan 2010.

"Kami menganggarkan kenaikan US$10 setan dalam kos arang batu melebihi unjuran purata kos arang batu kami, boleh mengurangkan untung bersih Tenaga bagi tahun kewangan 2011 sebanyak 18 peratus," jelasnya.

Oleh itu, Che Khalib berkata adalah tepat pada masa bagi kerajaan untuk melihat secara serius berhubung penjanaan elekrik daripada tenaga nuklear.

"Langkah-langkah keselamatan, rekod dan teknologi bagi loji tenaga nuklear hari ini jauh lebih baik berbanding 30 tahun lepas," katanya.

NONE Beliau berkata sebagai pengeluar tenaga terbesar negara, TNB menyokong inisiatif kerajaan untuk mewujudkan Perbadanan Tenaga Nuklear, memandangkan negara kini boleh melihat kepada alternatif.

"Ia bukan suatu yang kami mendesak negara untuk menerima alternatif tetapi kita perlu serius menelitinya dan jika sesuai, dilaksanakan secepat mungkin," kata Che Khalib.

Beliau berkata sebagai syarikat utiliti, TNB mempunyai kepentingan dalam menyokong kerajaan memandangkan rancangannya ialah untuk mempunyai loji nuklear pertama menjelang 2021.

- Bernama

ADS