Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran mengakui jabatannya ada mengeluar notis pertukaran suami calon PAS di Tenang, Normala Sudirman, tetapi membatalkannya buat sementara selepas mendapat tahu isterinya mungkin dicalon dalam pilihan raya kecil di situ.

NONE Katanya, notis pertukaran yang bertarikh 27 Disember itu meminta suami Normala -  Makrof Abd Mutalib - bertugas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor Bahru, bermula 1 Januari tahun ini.

Makrof mengajar di SK Tenang manakala sekolah baru itu pula terletak kira-kira 200 km dari situ.

Pada waktu itu, kata Markom ( kanan ), pihaknya tidak tahu yang isteri Makrof akan dipilih sebagai calon PAS.

Tetapi, katanya, selepas mendapat tahu mengenai pencalonan isterinya- Normala - pihaknya memutuskan untuk membatalkan buat sementara pertukaran Makrof.

"Kami tidak mahu ia menjadi isu politik," jelas Markom ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Malam tadi, PAS mengumumkan Normala sebagai calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.

PAS dan Makrof telah mendakwa notis pertukaran itu, yang hanya memberi masa tiga hari untuk membuat persiapan, bermotifkan politik dan bertujuan untuk menghukum seorang guru yang anggoat keluarganya menyokong pembangkang.

Normala Sudirman and husband Makrof Abd Mutalib Notis tersebut telah ditarik balik selepas pasangan tersebut membuat aduan kepada jabatan pelajaran daerah, kata Makrof (kiri sekali).

Sementara itu, Markom berkata, notis pertukaran tersebut tiada kaitan dengan politik tetapi kerana Pasir Gudang kekurangan 457 orang guru.

"Ianya tiada ada kaitan dengan politik," tegasnya sekali lagi.

ADS