Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Malaysia perlu galak pelaburan domestik
Diterbitkan:  Jan 19, 2011 4:39 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Malaysia perlu lebih bergantung kepada pelaburan domestik daripada pelaburan langsung asing (FDI) bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang berterusan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sudah terdapat banyak syarikat tempatan yang kini berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui pelaburan domestik mereka.

mahathir responses to suaram report 01 "Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada FDI kerana sekarang kita sudah tidak memperolehi banyak FDI," katanya semasa berucap pada Ceramah Malaysia 2020 di sebuah pusat peranginan di Ayer Keroh di Melaka hari ini.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dr Mahathir yang dalam lawatan dua hari ke Melaka bermula hari ini berkata, terdapat lebih 14 syarikat besar tempatan yang keupayaan operasinya sehingga ke luar negara boleh membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, bagi menggalakkan pelaburan domestik, kerajaan perlu memberi insentif seperti pengecualian atau pengurangan cukai sebagai dorongan untuk syarikat tempatan lebih berjaya.

Beliau yang yakin Malaysia akan mencapai matlamat negara maju menjelang 2020, wawasan yang dicetuskan beliau pada 1990, berkata negeri-negeri yang belum mencapai status negeri maju perlu giat berusaha termasuk memajukan aset yang terdapat di negeri masing-masing.

Katanya, rakyat juga perlu membantu kerajaan bagi mencapai wawasan berkenaan, antaranya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menjadi pekerja mahir berpendapatan tinggi.

 - Bernama

ADS