Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baru Bian: Kekayaan S'wak tidak dinikmati rakyat
Diterbitkan:  Jan 26, 2011 10:36 AM
Dikemaskini: 4:29 AM

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Sarawak, Baru Bian mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa gagasan Pakatan Rakyat iri hati dengan  kekayaan negeri itu, lapor TV Selangor .

NONE Sebelum ini ketua menteri Sarawak itu menyifatkan kekayaan dan kemajuan yang dicapai negeri berkenaan mengakibatkan banyak pihak dengki sehingga ada yang bertindak cuba merampas kuasa daripada kerajaan sekarang.

"Kalau kita memperkatakan kekayaan, ketua menteri dan kroni-kroninya yang terkaya di Malaysia, mereka yang kaya di Sarawak tetapi rakyat biasa tidak," kata Baru Bian.

Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion. Namun sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah.

Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di bumi kenyalang itu.

NONE Baru Bian menjelaskan kekayaan Sarawak yang melimpah tidak dapat dinikmati oleh rakyat disebabkan kekayaan negeri itu hanya berlegar sekitar Abdul Taib dan kroninya sahaja.

Katanya, Laporan Ketua Audit menunjukkan bahawa sebanyak 60 peratus pembangunan negeri itu berlaku ketirisan disebabkan rasuah dan penyelewengan.

"Walaupun Sarawak adalah sebenarnya terkaya di Malaysia dari segi sumber asli, mengapa kita dalam golongan  ke empat negeri yang termiskin, ini adalah soalan yang kita hendak tanya kepada rakyat Sarawak, dan jawapannya jelas bahawa BN yang diketuai oleh Taib Mahmud dalam 30 tahun sebagai ketua menteri tidak jujur dan tidak ikhlas dan tidak tepat tentang pentadbiran, kerana banyak  rasuah dan terbukti dalam laporan ketua audit bahawa 60 peratus projek pembangunan Sarawak bocor," katanya.

NONE Justeru, Pakatan Rakyat Sarawak berharap rakyat negeri itu dapat memberikan mereka peluang membuat perubahan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka diadakan  bila-bila masa sahaja.

"Tawaran kita kepada rakyat Sarawak ialah berikan kita peluang memerintah lima tahun di Sarawak akan membukti kepada rakyat bahawa cara kita memimpin berlainan berbeza dengan BN ," katanya.

ADS