Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan BN adalah dalang yang membuat percaturan supaya ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan berpaling tadah dan meninggalkan PKR.

NONE Sebaliknya, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata Gobalakrishnan seorang ahli poltik yang bijak dalam melihat kegagalan dalam Pakatan Rakyat.

"Tidak ada kena mengena dengan BN. Sudah tentu, dia ahli politik yang bijak.

"Bukan sahaja (dia) nampak kegagalan dalam Pakatan tetapi juga berfikiran rasional dan mampu melihat kebaikan dan tanggungjawab kerajaan sekarang. Ini pasti kerana berfikir secara bijak... apa orang kata tak ada guna menyokong Anwar," katanya pada sidang media di di masjid pekan Air Panas, Labis selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.

Menurut Muhyiddin, tindakan Gobalakrishnan yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas hari ini membuktikan perjuangan PKR bukan sahaja tidak didokong oleh pemimpinnya tetapi juga rakyat.

PKR - 'Parti Kian Runtuh’

Muhyiddin juga memperlekehkan PKR dan mengibaratkan akronim parti itu PKR sebagai 'Parti Kian Runtuh’.

azlan "Jadi perkembangan terkini menunjukkan sekali lagi petanda bahwa perjuangan PKR tidak didokong, bukan sahaja oleh pemimpin, tetapi juga rakyat.

"Pasti kenyataan daripada N Gobalakrishnan ialah kecewa dengan (ketua umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Dia rasa tertipu. Masyarakat India sebenarnya antara lain merasakan tidak diberi tempat dalam pimpinan PKR.

 

"Mungkin janji-janji yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim di peringkat awal yang gah dan hebat (tetapi) adalah terbukti ia janji yang tak dapat ditunaikan," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata kepercayaan pimpinan dan masyarakat terhadap parti itu semakin hari semakin menurun.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 PKR marchers behind police "Saya harap kesannya ialah fitnah ini dapat memberi mesej yang sama kerana PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP. Dan atas itu saya percaya, ini juga satu petanda yang tidak baik bagi mereka.

"Seharusnya menjadi iktibar kepada mana mana pihak yang masih percaya Anwar adalah penyelamat kepada negara kita. Sebab dia gunakan (slogan) 'Selamatkan Malaysia'. Nak selamatkan daripada apa, kalau tidak daripada Anwar Ibrahim," katanya.

Muhyiddin juga berkata daripada semasa ke semasa akan ada lagi pemimpin PKR yang akan mengikut jejak langkah ahli parlimen Padang Serai itu.

ADS