Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin DAP nampaknya panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina. Beberapa pemimpin parti itu menghantar 'SOS' menggesa mereka keluar mengundi.

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menulis  peratus pengundi Cina yang keluar mengundi amat rendah di Labis.

NONE "Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20%; Felda sudah 50%. Tolong bantu panggil orang yang anda kenal di Labis," tulis Teo di laman Twitter.

Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis:

"Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30 pagi.”

Sementara itu, timbalan pesuruhjaya PAS Johor dan pengarah pilihan raya PAS di Tenang, Dr Zukefly Ahmad mengakui bahawa tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan mengikut undang-undang sedia ada.

NONE Berikutan itu, katanya, PAS akan menggerakkan penyokongnya supaya keluar mengundi sebelum pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang ini.

Katanya, beliau juga telah menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan suruhanjaya berkata, pihaknya akan mengikut pelan asalnya.

Menjawab soalan, Dr Dzulkefly berkata peratusan rendah pengundi Cina yang keluar mengundi, akan menguntungkan BN tetapi jika ia berlaku pada pengundi Melayu, maka menguntungkan PAS.

"Pengundi Cina yang keluar mengundi setakat ini adalah rendah. Kita sedang menggerakkan tenaga kerja kita untuk membantu mereka datang mengundi.

NONE "Kita juga bekerjasama dengan SPR untuk membawa pengundi ke pusat pengundian," tambahnya.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang juga sependapat dengan Dr DZulkefly berkata:

"Kita bimbang dengan peratusan rendah pengundi Cina yang keluar mengundi kerana mereka adalah bank undi kita.

"Kita sedang melakukan yang terbaik untuk menghantar kenderaan pacuan empat roda untuk mengangkut pengundi.".

Dr Boo juga berkata pihaknya telah meminta SPR dan marin polis serta jabatan pertahanan awam supaya menghantar bot dan trak mereka untuk mengangkut pengundi.

Sementara itu, timbalan pengerusi SPR, Dauk Wan Ahmad Wan Omar, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan bahawa tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan di bawah undang-undang sekarang.

 

 

 

 

ADS