Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mkini dilarang 'mungkin' wartawannya bukan Melayu
Diterbitkan:  Feb 2, 2011 3:51 PM
Dikemaskini: Feb 4, 2011 8:13 AM

Malaysiakini tidak dibenarkan membuat liputan satu majlis anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) semalam kerana ia dianggap sebagai sebuah 'blog', kata seorang pegawai majlis berkenaan.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan wartawan Malaysiakini - yang berketurunan India - tidak dibenarkan masuk kerana dia bukan seorang Melayu.

Pada masa yang sama, seorang anggota sekretariat majlis tersebut yang tidak mahu namanya disebut berkata, majlis semalam dianjurkan oleh Mubarak Wilayah Persekutuan dan semua arahan datang dari cawangan tersebut.

"Kami tidak diberi penjelasan sebelumnya, tetapi kami hanya diberitahu pada hari berkenaan, supaya tidak membenarkan blogger masuk. Saya tidak tahu sebabnya, jadi saya meminta sekretariat WP berurusan terus dengan wartawan berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Ada kemungkinan wartawan bukan Melayu tidak dibenarkan masuk kerana topik majlis tersebut adalah tentang masa depan orang Melayu, tapi anda perlu tanya pada sekretariat WP."

Pejabat Mubarak WP, bagaimanapun, ditutup kerana cuti Tahun Baru Cina.

Acara Mubarak adalah wacana berjudul "Bangsa Melayu dan Masa Depannya" yang dihadiri oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang ucapannya disiarkan secara meluas oleh media.

[Baca berita penuh]

ADS