Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ADUN seri Muda, Shuhaimi Shafie berkata beliau akan dihadapkan di

Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Isnin ini berhubung tulisan dalam

blognya Disember lalu yang didakwa menghina Sultan Selangor.

NONE Shuhaimi yang membayar jaminan polis pagi ini - ketika dihubungi Malaysiakini - berkata beliau tidak pasti bentuk dakwaan terhadapnya tetapi beliau dimaklumkan ianya mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.

Seksyen yang beliau maksudkan meliputi kesalahan "mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedar atau

mengeluarkan semula sebarang penerbitan berunsur hasutan. Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.

NONE Shuhaimi, yang menafikan beliau merujuk kepada Sultan Selangor

He said police had dalam blognya, berkata beliau sepatutnya pergi ke ibupejabat polis Shah Alam petang semalam, tetapi ditangguhkan hingga ke pagi ini, kerana beliau ada ceramah.

Menurutnya, polis menahannya sebentar pagi ini, sebelum beliau membayar ikat jamin dengan seorang penjamin.Abdul Razak Ismail - pembantu ahli exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar eksekutif - menjadi penjaminnya.

Sekurang-kurangnya 20 laporan polis dibuat terhadap Shuhaimi selepas tulisan dalam blognya itu, manakala PERKASA dan Gerakan

Anti-Pakatan Selangor (GAPS) menuntut beliau digantung kerana

menghasut "perang terhadap Raja-raja Melayu".

[Baca berita penuh]

ADS