Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gaps pertikai bantuan S'gor pada Shuhaimi
Diterbitkan:  Feb 6, 2011 4:08 PM
Dikemaskini: 9:24 AM

Tindakan kerajaan Selangor membiayai kos perundangan ADUN Seri Muda Muda Shuhaimi Shafiei - yang akan dihadapkan ke mahkamah esok ekoran tulisan berkaitan Sultan Selangor - disifatkan sebagai "pembaziran dan penyelewengan wang rakyat".

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin mendakwa, perkara itu tentunya satu lagi "salah laku kewangan, penyelewengan dan rasuah" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

NONE "Kalau seorang penguasa penjenayah derhaka akan dibiayai oleh kerajaan negeri dengan ratusan ribu ringgit, maka rakyat marhaen yang terkena dengan sebarang tuduhan undang-undang di mahkamah juga berhak untuk menerima bantuan kewangan yang sama dari kerajaan negeri.

"Atau sebenarnya kerajaan negeri Selangor hanya berminat untuk mempertahankan pemimpin yang sama kasta dengan mereka sahaja, manakala rakyat berkasta marhaen akan terus teraniaya," kata Hamidzun ( kiri ).

Kelmarin, kerajaan negeri negeri dilaporkan tidak akan membiarkan Shuhaimi berseorangan menghadapi tuduhan itu dan akan membantu membiayai kos perundangan untuk "menyokong usahanya menegakkan keadilan".

Dalam satu kenyataan hari ini, Hamidzun mendakwa, rakyat berpandangan pembiayaan itu juga adalah bukti sahih bagaimana pentadbiran Khalid bersubahat menderhaka kepada Sultan Selangor dengan "bersekongkol" bersama Shuhaimi yang disifatkannya sebagai "ADUN derhaka".

Semalam, Shuhaimi memberitahu Malaysiakini , beliau akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi Isnin (esok) berhubung tulisan dalam blognya Disember lalu yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Katanya, beliau tidak pasti bentuk dakwaan terhadapnya tetapi dimaklumkan ia mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan yang  meliputi kesalahan "mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedar atau mengeluarkan semula sebarang penerbitan berunsur hasutan.

ADS