Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ADUN Betong Muhammad Farid Saad tetap enggan memohon atau menarik balik kenyataannya berhubung risalah yang diedarkan sekitar Balik Pulau kerana menjadi tanggungjawabnya menunjukkan kesalahan secara berfakta.

pulau betong adun muhammad farid saad pc on my balik pulau newsletter 060211 01 Muhammad Farid ( kanan ) berkata beliau tidak berniat menimbulkan ketegangan kaum menimbulkan kebencian antara pelbagai komuniti di Balik Pulau dengan menuding jari kepada risalah itu, seperti didakwa ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Pemimpin Umno itu berkata beliau sendiri membesar dan bersekolah antara kawan-kawan berbilang bangsa - Cina dan India - di kawasannya.

"Saya faham perasaan dan hati budi pelbagai kaum; saya membesar di Balik Pulau, di mana kawasan majoriti Cina, saya lebih tahu tempat ini daripada Lim yang berasal daripada Melaka, kata Muhammad Farid.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan semua anggota masyarakat hidup dengan aman, saya tidak akan timbulkan isu perkauman atau timbulkan kebencian di sini... Jika diizinkan Allah, saya harap dapat bersara di tempat ini," tambahnya.

Semalam Lim menuntut Muhammad Farid memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri bertanggungjawab ke atas satu risalah My Balik Pulau yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim juga meminta Muhammad Farid meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri atas "fitnah jahat" itu atau menghadapi tindakan tehas kerana risalah itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan.

[Baca berita penuh]

ADS