Jumpa MB: Khusrin bungkam

Usaha untuk mendapatkan reaksi daripada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi berhubung isu pertemuan beliau dengan menteri besar Selangor yang dijadualkan hari ini gagal apabila beliau enggan ditemuramah, lapor TV Selangor.

azlanKhursin yang hadir bersama anggota majlis perbandaran Selayang (MPS) dan pegawai daerah ke sesi lawatan tapak pelupusan sampah Sungai Kertas, Batu Caves pagi tadi kelihatan cuba mengelak bertemu petugas media.

Sejurus selepas itu, pegawai perhubungan awam MPS, Azhar Che Salleh menjelaskan Khusrin tidak mahu ditemuramah ketika ini.

Bekas pengarah jabatan agama Islam Selangor (JAIS) itu dilantik kerajaan pusat pada 27 Disember lalu untuk memegang jawatan SUK Selangor menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang bersara.

NONENamun perlantikan Khusrin mencetuskan kontroversi apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mempersetujui keputusan yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan atas sebab kreadiliti dan integriti Khusrin yang dipersoalkan.

Susulan itu, usaha kerajaan Selangor untuk meminda Rang Undang-Undang Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa perlantikan kepada kerajaan negeri turut gagal.

Semalam Khusrin menjelaskan beliau masih belum menerima sebarang arahan rasmi daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

PERKEMBANGAN TERBARU: Khalid jumpa Khusrin, angkat sumpah masih tanda tanya
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.