Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan ke atas konstabel V Navindran, yang dibebaskan daripada tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas pemandu forklift,  A Kugan, yang mati dalam tahanan polis pada Januari 2009.

NONE Notis berkenaan difailkan pada Rabu, 2 Februari lalu, - lima hari selepas Navindran ( kanan ) dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah sesyen di Petaling Jaya.

Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan, Pejabat Peguam Negara, Kamaludin Md Said mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini hari ini dan berkata pihaknya sedang menunggu penetapan tarikh oleh Mahkamah Tinggi untuk mendengar kes tersebut.

Kamaludin pada 28 Januari lalu berkata Pejabat Peguam Negara akan mengemukakan rayuan selepas mendapat laporan penuh daripada pegawainya.

Navindran, 28 dihadapkan di mahkamah pada 1 Oktober 2009 atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tahanan yang berusia 23 tahun itu, yang mati dalam tahanan.

kugan detainee death morgue scene 220109 Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di bilik soalsiasat balai polis Taipan di USJ-Subang Jaya pada jam 7 pagi 16 Januari 2009.

Navindran didakwa di bawah Sekseyn 331 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Perbicaraannya yang bermula pada 18 Februari 2010, dan berlangsung selama 25 hari, mendengar keterangan daripada 24 saksi.

Anggota keluarga Kugan, yang kesal dengan pembebasan Navindran,  menuntut supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk memyiasat punca kematiannya.

Ibu saudaranya, S Reguna, 33, berkata dia tidak puashati dengan keputusan mahkamah  memandangkan pada awalnya, 11 anggota polis dikatakan terlibat, tetapi hanya seorang sahaja yang didakwa, dan itupun telah bebas.

"Sudah dua tahun Kugan mati... ia hanya seorang suspek ketika ditangkap, tidak didakwa dengan sebarang tuduhan jenayah. Kemudian, tiba-tiba selepas lima hari dalam tahanan, dia meninggal (dunia). Bagaimana itu mungkin berlaku?

"Peguam negara kata 11 anggota terlibat, kemudian hanya seorang sahaja didakwa, dan itu pun tidak ada kes. Semua bebas tanpa kesalahan? Bagaimana berlaku pendarahan dalaman?" soal Reguna.

[Baca berita penuh]

ADS