Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin Penan yang terkenal di luar negara, Along Sega, menghembuskan nafas terakhirnya seminggu yang lalu. Namun pemergian pemimpin pribumi yang berusia sekitar 70an itu langsung tidak mendapat perhatian media arus perdana. Sebaliknya, Tahun Baru Cina yang mencuri tumpuan.

NONE Hanya Malaysiakin i sahaja yang membawa berita kematian pemimpin Penan yang paling dihormati dan dianggap berani dalam sejarah Sarawak.

Along adalah pelopor dalam perjuangan Penan yang menentang intrusi atau pencerobohan penebang balak di tanah pribumi itu sejak tiga dekad yang lalu.

Beliau berhujah secara lantang dan merayu bantuan negara antarabangsa untuk campurtangan menyelamatkan kediaman penduduk Penan dan Kelabit di Ulu Limbang, yang seringkali tertindas itu.

Along menjadi perhatian dunia, apabila beliau mendirikan sekatan pertama menghalang jalan pembalak bersama-sama penduduk Penan tempatan dan Kelabit dari Long Napir.

NONE Beliau juga dianggap sebagai mentor dan menjadi bapa angkat Bruno Manser, seorang pejuang alam sekitar Switzerland yang tinggal dengan masyarakat Penan selama lebih dari enam tahun.

Perjuangan Manser menegakkan hak masyarakat Penan menjadi duri dalam daging dan penghalang utama kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Manser kemudiannya dilaporkan tidak dapat dikesan di hutan Sarawak.

[Baca berita penuh]

ADS