Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soosai: Peguam dakwa polis tahan salah orang
Diterbitkan:  Feb 18, 2011 3:53 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Kes membabitkan penjenayah warga Malaysia Michael Soosai semakin rumit apabila peguam yang mewakilinya mendakwa lelaki yang ditahan oleh polis India tahun lepas bukannya penjenayah itu yang dikehendaki Interpol tetapi sebenarnya seorang warganegara India.

    

"Dia warga India, ini dicatatkan dalam rekod kerajaan. Kami boleh buktikannya di mahkamah. Jika dia seorang warganegara Malaysia, kenapa polis India masih belum mendakwanya bagi kesalahan mengikut Akta Pasport?," kata M. Shreedhar, peguam yang mewakili suspek kepada Bernama di Chennai.

Polis di Coimbatore mendakwa mereka telah menahan Soosai, penjenayah warga Malaysia paling dikehendaki yang sedang melarikan diri, pada Ogos lepas di sebuah hotel di Chennai, bersama-sama isteri dan tiga anaknya.

    

Polis India melancar operasi untuk menahannya selepas beberapa warga India mendakwa suspek menipu mereka membabitkan ribuan ringgit dan sejumlah besar barangan kemas selepas menjanjikan kerja sebagai eksekutif dengan gaji tinggi di syarikat-syarikat multinasional.

    

Suspek yang menggunakan Andhra Pradesh sebagai pusat operasinya, sering menggunakan nama samaran seperti Karunaraj @ Rajasekaran @ GK Raj @ Dharmaraj.

Malahan dalam dokumen Penjara Pusat Puzhal, nama Soosai disenaraikan sebagai Karunaraj, bersama-sama beberapa lagi nama samaran yang lain, dan alamat rumahnya dicatatkan sebagai Andhra Pradesh.

    

Tiga bulan lepas, dia dipindahkan dari sebuah penjara di Coimbatore ke Penjara Pusat di Chennai.

    

Shreedhar berkata Karunaraj memiliki kad PAN (kad cukai India), lesen memandu India dan tiga anaknya mempunyai sijil kelahiran India -- semua itu menunjukkan yang dia adalah warganegara India.

    

"Ini merupakan kes salah identiti, Karunaraj bukannya Michael Soosai. Michael Soosai sudah mati di Malaysia. Terdapat banyak kelemahan dalam kes ini, dia akan dilepaskan," kata peguam itu.

    

Bagaimanapun, polis Coimbatore dalam afidavit terbarunya (14 Feb, 2011) menyatakan siasatan mendapati tertuduh ialah warganegara Malaysia bernama  Michael Soosai (No Kad Pengenalan: 630308-075073) dan melakukan perjalanan dengan menggunakan pasport Malaysia (A11314136).

    

Soosai dikehendaki di Malaysia berhubung beberapa kes berprofil tinggi melibatkan jenayah kolar putih.

    

Dia juga dikaitkan dalam pembunuhan seorang warga Malaysia di Tamil Nadu pada 2004, tetapi dia melarikan diri selepas polis Malaysia meningkatkan pemburuan ke atas dirinya.

    

Ketika polis Malaysia meningkatkan usaha untuk menahannya, Soosai dilaporkan telah mencabar polis Bukit Aman, khususnya bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, untuk "tangkap (tahan) saya jika dapat".

    

Selasa lepas, Mahkamah Tinggi Madras menyerahkan tiga anak suspek, sebelum ini berada di bawah jagaan kerajaan, kepada ibu mereka yang merupakan warganegara India, Rajeswari alias Jayanthi, yang dibebaskan dari penjara Coimbatore.

    

- Bernama

ADS