Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Ekonomi M'sia malap berbanding jiran
Diterbitkan:  Feb 19, 2011 4:08 PM
Dikemaskini: 9:44 AM

Walaupun mencacatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 7.2 peratus pada tahun lalu, jika dibandingkan dengan  negara jiran terdekat, keadaan negara ini masih terbelakang, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Singapura dan Indonesia masing-masing mencatatkan pertumbuhan 14.5 dan 6.1 peratus pada tahun 2010.

"Kedua-dua jiran kita ini mengatasi pertumbuhan Malaysia; apatah lagi apabila pertumbuhan Indonesia adalah berdasarkan angka pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti mana Malaysia dan Singapura," kata Anwar.

Semalam, Bank Negara Malaysia mengumumkan ekonomi Malaysia merekodkan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus untuk keseluruhan tahun lalu, berbanding dengan penguncupan -1.7 peratus pada 2009.

Menurut kenyataan itu lagi, ekonomi negara berkembang sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu dan diperkukuh oleh pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain eksport dan import yang cergas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata, berbeza dengan pertumbuhan Singapura yang disokong pertumbuhan kukuh dalam sektor pengilangan pada kadar 29.7 setahun, pencapaian Malaysia masih malap dalam kedua-dua aspek.

Menurut Anwar, pertumbuhan ekonomi kita hanyalah separuh dari yang dicapai Singapura, sementara pertumbuhan sektor perkilangan pada kadar 11.4 peratus hanyalah setakat satu pertiga pencapaian Singapura.

ADS