Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS kumpul peminjam PTPTN, MARA
Diterbitkan:  Feb 23, 2011 6:02 PM
Dikemaskini: 10:06 AM

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka diminta menghadiri satu pertemuan pada 26 Februari ini.

Menurut Harakahdaily , pertemuan anjuran dewan pemuda PAS itu dijadualkan pada Sabtu ini, jam 2 petang di dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang bagi mereka meluahkan masalah masing-masing.

NONE Ketua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, berkata parti itu mengambil inisiatif berkenaan kerana prihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.

"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran.

"Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.

Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah membayar balik hutang mereka. Daripada jumlah itu, 191,262 orang yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik.

PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.

Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4 peratus kepada peminjam sebelum ini dan ia didakwa membebankan.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 booths Masalah yang dihadapi peminjam ketika ini, kata Suhaizan berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika tidak membuat pembayaran.  

Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak menjelaskan pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.

Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan.  

Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada d iantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.

"Pihak PTPTN pula sedang berusaha membuat pindaan terhadap akta PTPTN  yang  berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya  akan memberikan lebih tekanan kepada mereka.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 applicants "Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," katanya.

Menurut Suhaizan, pertemuan Sabtu ini akan juga dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka.

Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang.

ADS