Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia berbeza, kata Rais
Diterbitkan:  Feb 24, 2011 10:11 AM
Dikemaskini: 4:22 AM

Rakyat Malaysia tidak harus terikut-ikut dengan propaganda pembangkang untuk mengadakan protes seperti yang sedang berlaku di beberapa negara Arab sekarang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

NONE Beliau berkata keadaan sistem politik di negara-negara tersebut dengan Malaysia adalah berbeza, lantaran tidak ada sebab untuk mana-mana pihak di negara ini untuk meminta rakyat melakukan perkara yang sama.

Berbeza dengan negara-negara yang dilanda kebangkitan itu, Malaysia mempunyai perlembagaan kukuh yang menjamin hak rakyat, katanya selepas merasmikan persidangan tahunan 2011 serentak cawangan-cawangan Umno bahagian  Cheras di Kuala Lumpur, malam semalam.

NONE Selain itu, beliau berkata Malaysia mempunyai sistem demokrasi di mana rakyat berhak memilih parti dan kerajaan yang mereka mahu setiap lima tahun secara bebas.

"Sedangkan di negara-negara itu tiada perlembagaan yang kukuh seperti kita dan tidak mempunyai pilihan raya bebas untuk memilih pemimpin," katanya.

NONE Sementara itu, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa negara-negara Islam termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melakukan sesuatu untuk menghentikan kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat Libya.

"Kami mengutuk keras langkah dan tindakan Muammar Gaddafi yang terus menindas dan mendera rakyat dan mendoakan agar rakyat Libya terus bangkit menolak pimpinan yang rakus ini," katanya pada satu sidang media, petang semalam.

- Bernama

ADS