Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Khairul: Teoh ubah fikiran bunuh diri
Diterbitkan:  Mar 1, 2011 5:26 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu mangsa berkemungkinan mahu membunuh diri, namun menukar fikiran dan cuba menyelamatkan diri pada saat akhir dia dipercayai terjatuh dari tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam.

NONE Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang Dr Khairul Azman Ibrahim ( kanan ) berkata pandangan itu dibuat berdasarkan kajian ke atas mayat Teoh yang menunjukkan tidak ada sebarang kesan pergelutan.

Katanya, berdasarkan gelembung gas pada bahagian dada, mangsa dipercayai masih bernafas beberapa minit selepas jatuh.

Beliau turut ditanya Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh adakah seseorang yang ingin membunuh diri akan menahan dirinya daripada jatuh.

azlan "Berdasarkan ujian yang dibuat dan keadaan mayat yang seolah-olah cuba mempertahankan dirinya, mangsa dipercayai dalam keadaan sedar," katanya yang memaklumkan turut menemui kesan kecederaan dalaman pada leher dan salur darah Teoh ketika melakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa.

Dr Khairul turut mengesahkan kecederaan pada leher mangsa adalah kesan akibat terjatuh.

"Tekanan tinggi ketika jatuh akan menyebabkan impak pada tulang dan menyebabkan kerosakan pada tisu, dan berdasarkan keretakan dan patah yang terdapat pada tulang kaki, mangsa mungkin mendarat dengan kaki ketika jatuh.

"Terdapat tulang yang retak pada bahagian buku lali, lutut, peha dan khaki mangsa," katanya.

Beliau berkata kecederaan di kepala dan dagu Teoh pula disebabkan hentakan.

NONE Terdahulu, Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zurinawati Zulkifli berkata beliau tidak tahu bagaimana beg sandang Teoh boleh berada di bilik Pegawai Penyiasat Mohd Anuar Ismail dan siapa yang membawanya keluar.

"Ketika saya masuk kerja pukul 8.30 pagi pada 16 Julai 2009, saya hanya nampak sekilas pandang beg itu berada di atas lantai di tepi sofa, dan saya terus melakukan kerja harian saya di dalam bilik," katanya.

Zurinawati juga berkata pegawai SPRM biasanya akan mengunci bilik masing-masing sebelum keluar untuk menjaga keselamatan dokumen, namun ia bergantung kepada pegawai berkenaan sama ada mahu mengunci atau tidak.

Suruhanjaya Siasatan itu dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

NONE Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka'.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

- Bernama

ADS