Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jika Pakatan Rakyat menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai senjata terakhirnya, BN juga mempunyai keupayaan yang sama dalam pilihan raya kecil Kerdau yang kini masuk hari-hari terakhir.

Bukan sahaja saksi penting perbicaraan liwat 1998, Ummi Hafilda Ali turun ke Kerdau, tetapi dua bekas pembantu Anwar - Rahimi Osman dan Rashid Rosdi - juga berikrar berkempen bagi menafikan "fitnah" ketua pembangkang itu.

rahimi osman kerdau "Temerloh ini memang kampung saya. Saya tak mahulah mereka termakan fitnah Anwar ini," kata Rahimi yang kini memakai baju BN.

Rahimi sebelum ini tampil mendakwa beliau dipaksa mengubah akuan bersumpahnya supaya mengaitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat.

Bercakap dalam sidang media di bilik gerakan induk BN di Kerdau, Rahimi berkata, beliau sudah dua hari berada di DUN itu dan akan memulakan ceramahnya esok.

Beliau bagaimanapun berkata tidak akan mengulas tentang kes liwat - di mana Anwar menjadi tertuduh -  kerana ia masih dibicarakan di mahkamah.

Katanya, sambutan setakat ini menggalakkan.

"Tetapi kita tidak boleh pandang mudah sangat sebab sebelum ini menang pun tak banyak sangat," katanya.

NONE Menurutnya, beliau akan mula mendedahkan "hubungan" Anwar dengan Israel.

"Buktinya ada. Saya pun kerja dengan dia," katanya yang mahu mendedahkannya sedikit-sedikit.

Ditanya bila menyertai Umno, Rahimi berkata ia berlaku sejak hari pertama lawan Anwar.

Rahimi juga menafikan dibeli oleh BN sebaliknya berkata, ia soal kesedaran.

ADS