Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Karpal tak jadi panggil Musa Hassan, Syed Hamid

[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Perbicaraan dalam perbicaraan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah pihak pendakwaan mahu menyoal semula ketua pembangkang itu.

Hari ini sepatutnya giliran peguam, R Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang memberi keterangan.

azlan Anwar berkata beliau memang ada menandatangani sebuah dokumen berhubung penahannya di IPK KL tetapi tidak ingat sama ada ia waran tangkap.

Yusof kemudiannya menunjukkan sesalinan dokumen itu tetapi dibantah oleh peguam Karpal Singh yang berkata salinan asal mesti dikemukakan.

Katanya Akta Bukti tidak relevan dalam situasi dan pihak pendakwaan mesti mengemukakan salinan asal. 

"Okay, jika awak bantah, saya tarik balik soalan,” kata Yusof sambil menambah beliau mempunyai soalan lain.

Yusof: Awak ingat ada tandatangani beberapa dokumen tetapi tidak tidak ingat?

Anwar: Saya ingat ada tandatangani tetapi tidak ingat apa yang ditandatangani itu.

Yusof: Adakah awak bertanya kepada (pegawai penyiasat) Jude (Pereira) mengapa awak di sana?

Anwar:

Saya ada tanay mengapa saya diperlukan. Saya berkeras mahu melihat laporan polis terhadap saya (laporan Saiful). Laporan polis itu hanya diberikan beberapa bulan selepas itu.

Yusof kemudiannya menunjukkan 112 kenyataan asal yang diambil dari Anwar pada 16 dan 17 Julai 2008.

"Betul, ini keterangan saya tetapi saya mesti pastikan tiada pindaan dibuat selepas pengalaman saya dengan pihak pendakwaan kata anwar.

Karpal memohon Anwar diberikan masa membaca kenyataan itu dan beliau kemudian mengesahkan kandungan 112 kenyataan berkenaan.

Karpal kemudiannya meminta Anwar melihat mukasurat 2 kenyataan itu.

Karpal: (Ini) salinan 112 kenyataan yang diberikan kepada peguam anda?

Anwar: Ya.

Karpal: Saya mahu awak rujuk kepada salinan yang diberikan kepada anda. Saya mahu tandakannya. Adakah perbezaan antara salinan yang diberikan kepada anda dengan salinan yang ditunjukkan itu?

Anwar: Ya, ada tertulis 'sulit' pada yang asal, tetapi salinan saya tidak ditulis 'sulit'.

Tambah ketua pembangkang itu, perkataan ‘sulit’ juga tidak terdapat pada setiap mukasurat salinannya. Beliau juga mendapati ada perbezaan di mukasurat 2 antara salinannya dengan yang asal dan berkata seolah-olah mukasurat itu dimasukkan.

Karpal : 'Rakaman percakapan lisan selesai' pada mukasurat 21?

Anwar:

Saya nafikan pertuduhan dan saya beri kerjasama penuh. Saya tanya Jude jika semuanya sudah selesai. Dia kata selesai. Saya berbuat demikian kerana mahu dibebaskan!

Karpal: Adakah anda dimaklumkan sebab ditahan oleh Jude?

Anwar: Tidak

Karpal: Hanya tuduhan dibacakan dan tiada alasan tangkapan diberikan oleh Jude?

Anwar: Ya (betul). Mesti ada alasan bagi menangkap seseorang. Polis mesti mempunyai asas untuk tangkapan.

Yusof kemudiannya memohon kebenaran bertanya soalan melalui mahkamah.

Yusof

: Selepas mukasurat 21, apa yang ditulis adalah pemeriksaan di HKL (Hospital Kuala Lumpur)?

Anwar:

Ya, sebahagian besar adalah mengenai pemeriksaan di HKL

Karpal kemudian meminta Anwar melihat sekali lagi pada mukasurat 2 pada salinan asal yang tidak bernombor pada salinannya dan bertanya sama ada kandungannya sama.

Anwar: Setelah melihat salinan asal, saya tidak pasti sama ada ini adalah yang sama. Tiada tandatangan yang serupa pada mukasurat 2.

Karpal:

Apa perbezaan itu?

Anwar: Ia hanya tertulis 'Borang Rakaman Percakapan', tiada tandatangan sama ada oleh saya atuapun Jude pada mukasurat 2.

Justeru, kata Anwar 112 kenyataan yang dihantar kepada peguamnya bukan salinan sebenar kenyataan tersebut.

"Tandatangan jelas berbeza," katanya.

Ketika, giliran peguam R Sivarasa memberi keterangan,Karpal Singh tiba-tiba memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa barisan pembelaan hendak memanggil Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; dan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Hakim: Mengapa beritahu kami sekarang?

Karpal: Keputusan dibuat berdasarkan perkembangan semasa.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah meminta semua pihak berjumpa di kamarnya.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin, jam 8.30 pagi bagi membolehkan pihak pembelaan membuat permohonan bagi memanggil, Bakri, Musa dan Syed Hamid.

Bagaimanapun pada jam 12.45 tengahari tadi, Karpal berkata pihak pembelaan telah menarik balik permohonannya untuk memanggil ketiga-tiga individu tersebut.

ADS