Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin ingatkan Pakatan jangan main api
Diterbitkan:  Mar 4, 2011 6:26 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.

NONE Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan pemimpin Pakatan Rakyat membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab.

"Ini provokasi pembangkang...tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis beramah mesra dengan penduduk Kampung Badok di Temerloh.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemimpin Pakatan dalam siri ceramah pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau di Pahang dan pilihan raya kecil bagi kerui DUN Melaka kawasan Merlimau, yang seolah-olah mengajak rakyat berdemonstrasi menggulingkan kerajaan.

Muhyiddin berkata Pakatan seharusnya jujur jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang sedang dilanda krisis politik itu.

"Dia boleh buat perbandingan tapi sebenarnya bukan satu perbandingan (yang) betul, apa lagi membuat provokasi, macam bermain dengan api, memprovokasi rakyat bangkit dan menentang kerajaan," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan pimpinan BN sentiasa mengamalkan dasar yang membolehkan rakyat segenap lapisan menyampaikan apa sahaja pandangan atau perkara yang diperlukan untuk perhatian kerajaan menerusi pelbagai saluran.

NONE "Kita mengamalkan sistem demokrasi yang segar di mana setiap lima tahun sekali ada pilihan raya...dia (pembangkang) menang juga, kita pun ada menang dalam pilihan raya kecil, dia kalah, kita pun ada ada kalah.

"Dari segi amalan demokrasi, itu sudah cukup membuktikan negara ini sebuah negara demokratik, negara yang tidak dijalankan atas dasar autokrasi, diktatorial, kalau dibandingkan presiden sebuah negara (lain) dengan Malaysia, (sebenarnya) tidak boleh buat perbandingan," katanya.

 - Bernama

ADS