Mahkamah Rayuan hari ini menolak saman fitnah RM100 juta penasihat undang-undang Hindraf P Uthayakumar terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia yang didakwa mengaitkannya dengan pertubuhan pengganas.
Dalam penghakiman 2-1, panel tiga anggota itu memutuskan kenyataan dua responden berkenaan ditujukan kepada Hindraf dan bukannya Uthayakumar.
Mereka berpendapat Hindraf telah pun diisytiharkan sebagai pertubuhan haram dan tidak lagi mempunyai locus standi untuk dikekalkan kerana perkataan yang didakwa bersifat fitnah yang disebut oleh Musa tidak merujuk kepada Uthayakumar tetapi kepada Hindraf sebagai satu kumpulan.
Hakim Datuk KN Segara merujuk kepada dua laporan akhbar yang diterbitkan pada 7 Disember 2007 sebelum Uthayakumar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) enam hari kemudiannya.
"Adalah jelas kenyataan yang didakwa menghina itu tidak ditujukan kepadanya (plaintiff)," kata Segara.
Beliau berkata Hindraf tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman sivil kerana ia bukan sebuah persatuan yang berdaftar.
Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bersependapat dengan pandang itu.
Hakim Segara dan Hakim Abdul Aziz yang memutuskan untuk para perayu, juga memerintahkan Uthayakumar supaya membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.
Bagiamanpun hakim Datuk Hishamudin Mohd Yunus yang tidak bersependapat berkata kenyataan yang diterbitkan oleh akhbar The Star pada 15 Disember yang memetik Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan merujuk Uthayakumar mempunyai kaitan dengan pertubuhan pengganas.
"IGP merujuk kepada plaintiff adan empat yang lain yang ditahan mengikut ISA,” katanya.
Hishamudin berkata beliau tidak berpuas hati dengan dakwaan bahawa kenyataan plaintif itu tidak boleh dipertahankan seperti yang diputuskan oleh majoriti.
"Plaintif seharusnya diberi peluang di Mahkamah tinggi bagi memberikan bukti-buktinya.”
Katanya, kes itu bukan satu yang polos dan ketara kes yang tidak kekal ditolak.
Beliau mempertahankan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 April 2009 yang menolak permohonan perayu untuk menolak saman itu.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili ketiga-tiga perayu itu
Peguam Uthayakumar, M Manoharan memuji Hishamudin kerana membuat keputusan yang bercanggah.
"Berikutan ini, kamai akan merayu di Mahkamah Persekutuan,” katanya kepada wartawan di luar mahkamah.
Uthayakumar, 48, memfailkan saman terhadap kerajaan dan dua pegawai tingginya pada 2008 kerana didakwa mengaitkannya dengan kumpulan penganas.
Sebelum ini, Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof (pada masa itu Pesuruhjaya Kehakiman) menolak permohonan Musa, Abdul Gani dan kerajaan Malaysia bagi mengetepikan saman itu.
[Baca berita penuh]
